Bilangan Pembaca

Monday, 9 September 2019

Tak Terima Barang Yang Di Beli.


Memandangkan 'running shoe' dah rosak jadi saya pun bukalah shopee & ternampak satu 'seller' ni jual kasut nike air max 270 flyknit dengan harga RM9.90..wow!. Apa yang buat saya rasa tertarik untuk beli adalah kerana harganya yang sangat murah dan dah termasuk kos penghantaran. Dengan harga yang sebegitu saya tahu kualiti dah tentu biasa-biasa sahaja & saya tak kisah asalkan murah. Selepas membuat pembelian, belum pun 24 jam 'seller' dah 'enter tracking number'. Masuk hari ke-6 selepas itu masih blum ada status 'shipped out' dari seller. Kalau ikut pada 'expected to be delivered' tepat 7 hari shopee akan automatik 'confirm received order'. Jadi pada hari ke-6 saya terus tekan 'extend shopee guarantee' untuk tambah 3 hari hari lagi sebab barang masih belum diterima. Saya dah mula rasa tak sedap hati sebab status barang masih sama pada hari ke-9 dan tiada status 'shipped out'. 'Tracking Number' yang dimasukkan sah kerana saya dah cuba 'check' guna 'Apps Aftership' melalui China Post. Jadi pada hari ke-10 saya terus 'file refund', sah-sah seller tu 'scammer'. Rupa-rupanya 'seller' tersebut memang banyak 'negative review' dari 'customers' yang barang mereka tak sampai, setelah saya 'check' pada 'shop review'. Tapi saya hairan sebab ramai yang tak monitor tracking number dan tak extend shopee guarantee. Shopee memang akan 'auto complete' dan 'release payment' pada seller kalau tempoh tersebut tamat. Tak boleh salahkan shopee sebab sistem ni relevan untuk 'protect sellers & customers'. Kena berhati-hati dan ambil tahu. Beri 'rating' atau komen negatif tak akan membantu. Sebaik-baiknya 'extent shopee guarantee' & 'file refund' untuk dapatkan duit semula dan ini akan jadi bukti bagi pihak shopee untuk menjalankan siasatan. Masalah 'scammer' tak pernah habis dan shopping apps lain pun memang ada terjadi kes yang sama.

Friday, 2 August 2019

Terima Barang Yang Tak Sama Seperti Yang Diiklankan.

Image result for stress gif

Perkara pertama yang perlu dibuat apabila menerima barang kiriman secara pos adalah dengan melihat keadaan bungkusan kurier samada dalam keadaan baik iaitu tidak (koyak/basah/rosak) & pastikan maklumat penerima betul. Jika sebaliknya jangan tandatangan/terima. Pihak kurier akan minta anda buka di hadapannya sebagai jaminan jika barang bermasalah boleh buat tuntutan ganti rugi. Tapi bagaimana pula kalau barang yang dibeli tidak sama seperti yang diiklankan? Ini yang terjadi kepada saya dan boleh dikategorikan sebagai penipuan. Pembelian dibuat di shopee. Setelah meneliti keadaan barang dan rupa bentuk barang yang diterima, ternyata berbeza dengan gambar yang diiklankan. Apa-apa pun saya takkan akan menekan butang 'order received' sebelum memastikan semuanya dalam keadaan baik. Jadi peluang untuk 'refund/return' masih ada. Dengan bukti bergambar yang jelas iaitu foto barang bersama bungkusan courier yang boleh dilihat dengan jelas tracking number, saya menekan butang refund/return dan isi segala maklumat mengenai masalah produk & muatnaik gambar bukti. Pada mulanya 'seller' akan cuba selesaikan melalui fungsi chat. Saya tak bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh 'seller'. Disebabkan tiada penyelesaian di peroleh, shopee mula melakukan siasatan bagi mencari penyelesaian terbaik. Ianya mengambil sedikit masa hampir 4 hari. Bagi kes saya ini, situasi barang dibeli adalah dari luar negara, kos adalah mahal untuk 'return' semula barang, jadi penyelesaian terbaik adalah 50/50 iaitu duit akan dipulangkan separuh kepada pembeli tanpa perlu pulangkan barang tersebut. Pada saya adil lah, lagipun barang bukannya rosak. Persetujuan dibuat melalui email kes yg di hantar, saya perlu memberi maklumbalas segera jika tidak duit akan di beri kepada 'seller' 100%. Perlu 'check email' sentiasa kerana tempoh maklumbalas persetujuan itu hanya sah beberapa hari. Tiada pilihan diberi kerana keputusan siasatan adalah muktamat. Lega rasanya dalam beberapa hari kemudian bayaran pun diterima.

Thursday, 27 June 2019

'WhatsApp Banned'


Image result for whatsapp banned
Jika menerima mesej whatsapp daripada orang yang tak dikenali apa akan anda buat? jika mesej itu mengganggu dah tentu lah akan buat 'report' atau 'block' kan? 'block' mesej tak jadi masalah tetapi yang menjadi masalah adalah 'report'. Terlalu banyak 'reports' dibuat akan menyebabkan berisiko untuk di 'banned' oleh pihak whatsapp. Ini banyak terjadi kepada pengguna 'WhatsApp Bussiness' dan termasuk lah saya. Biasa lah kalau bisnes dah tentu no.telefon akan diletakkan pada 'page facebook' atau 'instagram' untuk memudahkan 'customers' menghubungi kita. Disebabkan itu banyak la nombor-nombor tak dikenali dari luar negara kononnya pemborong dan tak henti-henti pula 'offer' barang, stress!.  Siapa yang tak panik jika secara tiba-tiba menerima mesej ini "Your phone number is banned from using WhatsApp. Contact support for help." dan tak dapat akses whatsapp langsung. Ini terjadi kerana perlanggaran terma perkhidmatan oleh aktiviti ke atas akaun yang dilarang semasa menggunakan aplikasi WhatsApp. Difahamkan pihak WhatsApp tidak akan memberikan sebarang amaran sebelum sekatan dibuat. Walaupun dah email untuk 'unbanned' keputusannya tetap kekal. Ada banyak cara yang disarankan oleh pengguna android di 'youtube' & kebanyakan 'blogger'. Namun itu lebih kepada 'temporary banned' bukannya 'permanent banned' .Bagi pengguna ios peluang untuk 'unbanned' sangat tipis, meskipun delete & 'reinstall' semula WhatsApp. Dah terpaksa menukar nombor baru semata-mata untuk guna 'WhatsApp' sahaja. Tak ada pilihan lain sebab whatsapp penting dalam perniagaan 'e-commerce'.


Sunday, 26 May 2019

Buat Duit Mudah Dengan Shopee!

Image result for shopee gif

Aplikasi Shopee adalah antara online shopping yang menjadi pilihan. Bagi pengguna baru yang pertama kali daftar akaun di shopee akan keliru sedikit apabila mendapati shopee menyediakan 2 Akaun. Yang pertama adalah 'my purchases' untuk pembelian barang dan ke dua adalah 'my shop' untuk jualan (seller).
Shopee sebenarnya mempunyai fungsi cashback juga, setiap kali membeli sesuatu barang akan diberi cashback disebut 'shopee coins'. Walaubagaimanapun hanya barang yang tertera atau dilabel kan 'Preferred' sahaja akan dapat 'shopee coins'. Contohnya jika barang berharga rm10 akan menerima 10 coins bagi setiap RM1. Jumlah coins yang terkumpul bersamaan RM1.00 /100 coins. Namun begitu shopee coins tidak boleh withdraw kerana hanya boleh ditebus bagi barang yang dalam kategori 'Preferred' juga. Di dalam shopping cart, pada proses 'check out' akan tertera 'redeem shopee coins' dan disitu penjimatan berlaku. Kelebihan shopee coins adalah penjimatan terhadap kos pengeposan jika barang yang dibeli kurang dari nilai subsidi untuk layak penghantaran percuma 'free shipping'. Sebaliknya jika pembelian mematuhi syarat subsidi 'free shipping' coins tadi boleh kurangkan harga barang yang dibeli.
Walaubagaimana pun terdapat cara paling mudah di mana shopee memang nak bagi anda cashback macam tu sahaja tanpa membeli barang. Caranya pada 'Home' button terdapat perkataan 'Daily Coins Rewards' di sebelah atas kanan. Setiap hari shopee akan bagi free coins. Wow! ada 7 hari di situ, hari pertama dikira 1 coin, hari kedua 2 coins & seterusnya sampai hari ketujuh 7 coins. Tebus sahaja hari-hari dan rajinkan jari untuk buka shopee, kalo 7 hari dah 46 coins terkumpul. kalau sebulan? darab 4 minggu dah 112 coins. Bersamaan RM1.12. Nilai mungkin nampak kecil tapi orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau berjalan pun belum tentu terpijak RM1.12!

Bagi yang belum ada akaun shopee, Selepas membuka akaun boleh la masukkan
Referral Voucher Code ni untuk dapat diskaun RM8.00 pada ruang 'Voucher' di bawah skali dalam shopping cart.

Referral Voucher Code : BROEZ223
Boleh Juga Klik Link Di Bawah Ini
https://shp.ee/aajik6d

Buat Duit Dengan Aplikasi SHOPBACK !

Image result for shopback gif
Terdapat cara mudah untuk buat duit. Bagi kaki shopping inilah cara paling menguntungkan kerana hanya dengan membeli barang secara online akan dapat balik duit. Ianya di sebut sebagai 'cashback'.
Cashback yang diperolehi adalah berbeza mengikut kategori yang di senaraikan di dalam aplikasi SHOPBACK. Apa yang menariknya, cashback yang ditawarkan bernilai sehingga 15%. Maksudnya dapat duit secara tunai yang boleh withdraw ke akaun peribadi. Syaratnya cuma perlu install aplikasi SHOPBACK, isi maklumat peribadi, email dan no.akaun bank. Perlu semak email untuk pengesahan no.akaun bank. Sangat mudah! Selepas itu setiap kali nak beli barang, buka SHOPBACK dan pilih apps shopping contohnya 'shopee'. SHOPBACK akan link kan terus ke apps 'shopee'. Barang yang dibeli akan menerima cashback dalam tempoh beberapa hari selepas pembelian. Jika nilai cashback 6% dan harga barang di beli rm10, akan dapat cashback sebanyak 60sen. Tetapi jumlah duit yang boleh dikeluarkan minimum rm10 sahaja. Ada juga LAZADA, ZALORA, AGODA, FOODPANDA & lain2. Banyak berbelanja maka banyaklah dapat cashback! Jadi lah bijak dalam berbelanja!.

Boleh klik link di bawah untuk daftar pertama kali SHOPBACK.
https://app.shopback.com/mys?raf=BeKhVf

Thursday, 21 March 2019

Tip Pendaftaran Perniagaan (SSM)


Image result for ssm malaysia gif
Pada masa sekarang proses pendaftaran peniagaan cuma mengambil masa lebih kurang 1 jam berbanding sebelumnya di mana masa menunggu lebih lama. Ini kali ke-2 saya melakukan proses pendaftaran baru untuk menukar nama syarikat. Saya datang agak lewat menghampiri pukul 3.30 petang, masih sempat.

Setelah mendapatkan penerangan di kaunter pertanyaan saya diberi sekeping kertas kecil yang memerlukan butiran maklumat spt :

log in id, password, e-mail, no.tel, jenis pendaftaran (personal name/trade name), 3 nama perniagaan, dan jenis perniagaan yang dijalankan

SSM sekarang telah menyediakan perkhidmatan secara online yang lebih mesra pengguna. Setelah tiba giliran,  Saya diarahkan 'key in' butiran kedalam sistem ebiz SSM untuk aktifkan akaun ebiz bagi  kemudahan mengakses. Nama syarikat akan disemak oleh pegawai SSM untuk memastikan nama syarikat yang dipilih adalah dibenarkan & mematuhi standard yang ditetapkan. Berdasarkan pemahaman saya bagi pemilikan tunggal, nama syarikat  mestilah menggambarkan identiti perniagaan yang dijalankan. Penggunaan Enterprise adalah pilihan dan bukan suatu kemestian jadi jangan keliru. Tapi ada kelebihan jika letak 'enterprise' iaitu boleh menjual pelbagai produk. Kebanyakkan digunapakai oleh kedai serbaneka atau kedai runcit. Adalah sangat penting menyediakan lebih dari satu nama perniagaan bagi persediaan jika nama yang dipilih mungkin sama atau telah didaftarkan oleh pemilik syarikat lain. Ini bagi mengelakkan daripada proses pendaftaran tertangguh & memikirkan nama baru dengan segera.

Setelah akaun ebiz aktif, saya diarahkan mengakses sistem ebiz SSM online dengan memasukkan id dan password yang telah diaktifkan tadi melalui komputer yang disediakan. Disini lah pengisian butiran perniagaan & kemaskini dibuat dan seterusnya pembayaran. Bayaran yang dikenakan adalah RM70. Setelah menjelaskan pembayaran, saya menerima sijil pendaftaran perniagaan dan resit bayaran.

Sistem ebiz adalah mudah dan cepat kerana tidak perlu lagi ke SSM untuk renew lesen perniagaan kerana boleh dilakukan secara dalam talian.
https://ezbiz.ssm.com.my/?2





Saturday, 12 January 2019

Diskaun bermusim dan diskaun krn jualan sendu adalah berbeza. Berhati-hati kerana terlalu kerap memberi tawaran diskaun akan memberikan keburukan. Brg mmg akan habis tetapi bila 'restock' semula customer tetap mahukan harga diskaun.
Image result for warning gif animation
 online semakin berkembang pesat dengan adanya platform-platform shopping apps dan fungsi 'ads' di media sosial. Ada yg menawarkan akaun 'seller' percuma. Namun penglibatan pengilang sbg 'seller' terus pd 'customer' membimbangkan kerana untuk produk yang sama wujud persaingan dari segi harga yg jauh lebih murah berbanding harga 'retail'. Pelanggan lebih selesa membeli secara online kerana adanya tawaran diskaun dan 'free shipping'.