Bilangan Pembaca

Monday 13 March 2017

Penipuan Transaksi Pembayaran

     Pengalaman menjual barangan terpakai di Mudah.com kali pertama sangat mengujakan baru post malam ni esok dah 3-5 orang mesej nk beli. Tak sangka barang lama yg sudah tidak digunakan pun boleh buat duit jika masih elok. Pihak Mudah.com memeriksa setiap iklan sebelum ia dipamerkan di laman web mereka. Ini bagi memastikan semua pengguna menikmati pengalaman membeli belah yang selamat & berkualiti. 'Cash on Delivery' (Tunai Atas Penerimaan) terutamanya bagi produk yg bernilai tinggi mesti diutamakan. Barang pertama dan kedua abg jumpa pembeli terus, diorang puas hati selepas tengok barang dan bayar semasa hantar. Jumpa orang yang tak dikenali berisiko tinggi, sebaiknya cuba atur perjumpaan di tempat terbuka yang ramai orang & elak datang ke rumah kecuali barangan perabot, kalau boleh bawak kwn yang sado 😄.  Lepas barang berjaya dijual, hapuskan dalam Mudah.com dengan mengklik pautan email yg dihantar & ikuti langkah penghapusan bagi barang yang dijual. Pengalaman yg paling memberi kesan pada abg adalah pembeli dari luar negara. Pada abang pembeli ni tak berapa bijak. Tapi paling panas hati dalam 'chat' dia boleh kata abg 'stupid' dan 'what a hell'... Bikin panas bro!.

Kronologi Penipuan Pembeli Dari Luar Negara :

1. Terima mesej dr aplikasi 'WhatsApp'.
Nombor telefon yg tak dikenali 'notification' akan tunjuk nama asal org yg whatsapp. Abg 'save' terus nama Williams...Bermulalah urusan jual beli. Tapi jujur abg mmg tak tahu guna 'paypal'. Oh My English!😅





Kat sini dah 'start' psiko, panas hati dia kata abg  'what a hell' & 'stupid' so rude!... kojaq*...


Dah kantoi pun gigih dok menipu. Hebatnya permainan, drama sbb nak jam abg.


2. Semak Maklumat Pembayaran
Abg dah check 'e-mail' sebaik dia kata bank dan hantar 'notification' yg kononnya dr Credit Europe Bank tapi e-mail crediteuropebank@accountant.com, sah-sah 'fraud'/tipu kot siap dengan 'animations' duit & 'payment loading' kalah maybank2u 😆. Yang pastinya dlm 'e-mail' paling kontra nama pembayar tu Mrs Morris Holly Nama dan alamat untuk 'courier' Orija Segun, Ibadan, Oyo state, Nigeria Sah-sah PENIPU! kat whatsapp kata dok UK pastu nk minta postage ke Nigeria? nama whatsapp Williams. Bila tanya marah kata tu alamat sepupu. Hebat 'e-mail' siap ada logo 'Credit Bank Europe' dan Interpol Approved. Siap ucap tahniah😂


3. E-mail Bank Negara untuk semakan.
'Forward e-mail' asal.Tp belum ada maklum balas.

4. 'Search Google'
Abg ada buat carian di 'Google search' semak laman web 'Credit Europe Bank' dan 'Fraud'.
Akhirnya bukti cukup. Mmg ada kes pembeli minta barang dihantar menggunakan courier cth: Pos Malaysia 'flexi pack' penghantaran ke luar negara dan hantar e-mail palsu transaksi pembayarannya kononnya transaksi yg selamat guna gambar logo europe bank. Minta 'tracking no.' dan slip postage bukti brg dh post,lepas tu baru lah bayaran yg bank pegang tu akan di masukkan terus ke akaun kita.
Nampak tak? Pihak Credit Europe Bank pun kata takde servis mcm tu. Penipuan internet yg hampir buat org percaya. Kalo brg dh pos mcm mana? buta-buta mamat negro dapat jam dan rugi pulak postage rm50...malang bertimpa-timpa 😐


Malas nk buat report banyak soalan nanti pastu nk kena terangkan lg berulang-ulang.
Harap mereka yg mengalami situasi mcm ni berhati-hati. Terutama yg berurusan dgn aplikasi yg menawarkan perkhidmatan jualan barang bila kita dah dedah no tel bagai. Abg cadangkan kalau jual barang terpakai atau baru dan nak selamat guna aplikasi shopeeMy. Transaksi lebih terjamin kerana pihak shopeeMy akan 'hold' bayaran sehingga brg smpai dan kalo brg rosak pembeli boleh open dispute. Dua-dua pihak terjamin.

No comments: