Bilangan Pembaca

Sunday 17 September 2017


Bisnes turun dan naik. Produk sama, rupa sama, harga lebih murah, terlalu banyak di pasaran. Tapi servis, display, kualiti & kreativiti boleh dipelbagai dan jaga. Jadi lain dari yg lain. Semua akan baik2.

Tuesday 5 September 2017


Bukan tak laku, memang sesetengah barang tu ada musim, trending, viral. Tapi diakui yang rezeki memang susah nak jangka dalam bisnes betul. Stok 'slow moving' tetiba banyak pulak order. Terburu-buru buat 'clear stock' adalah  silap besar. Barang lambat 'expired' dan tahan lama boleh disimpan utk jangka panjang. Gambar yg kreatif /promosi sangat membantu. Don't give up!

Tuesday 28 March 2017

Pembelian On-line Di 'Block' sebab 'Unsecure'


   Semalam semasa membuat pembelian 'On-line' abg disekat 'block' kerana transaksi tidak selamat. Padahal dah berpuluh-puluh brg abg beli. Baru beli 2 brg je semalam nak masuk yg ke3 terus bank 'reject'. Pd mulanya ingatkan disebabkan pertukaran matawang, jadi abg buat la lg pembayaran berulang kali. Tetiba dlm beberapa minit bank call abg katanya abg ada buat transaksi tak selamat 'unsecure'. Abg perlu hubungi bahagian 'Customer Service' untuk unblock. Malas nk call terus pergi kaunter bank je nak jimat kredit hp. Pihak bank minta set semula had pembelian, jadi abg set kepada RM 100 sebab selalu beli kuantiti sikit shj, tapi masih tak lepas buat pembelian. Pihak bank terus hubungi 'customer service' minta abg bercakap sendiri.

     Pihak bank memberi penjelasan mereka terpaksa 'block' kerana transaksi tak selamat dan semasa abg membuat pembayaran 'on-line' kemungkinan org lain menggunakan kad visa abg. Kesimpulan dr kes semalam, rupanya pihak bank tapis setiap transaksi ke luar negara dan menghalang transaksi yg melibat kan 3 perkara utama iaitu.

1. Forex
2. Perjudian
3. Dadah

Walau bagaimana pun masalah selesai selepas 5 minit pihak bank dah 'unblock'. Pihak bank tak jamin keselamatan pembelian yg abg buat. Jadi abg dah had kan RM100 sehari untuk kad visa abg. Apa-apa pun abg tetap nak beli jugak. hehe.

Pada abg selagi proses pembelian meminta 'code' pengesahan melalui sms mmg 'secure'. Setiap kali pembelian yg akan 'link' dgn bank akan minta code pengesahan kslmtan itu cukup selamat. Lg pun website tersebut mmg ada polisi keselamatan dan ada jaminan 'secure' melalui icon mangga kt sblh kiri link tu.

Monday 13 March 2017

Penipuan Transaksi Pembayaran

     Pengalaman menjual barangan terpakai di Mudah.com kali pertama sangat mengujakan baru post malam ni esok dah 3-5 orang mesej nk beli. Tak sangka barang lama yg sudah tidak digunakan pun boleh buat duit jika masih elok. Pihak Mudah.com memeriksa setiap iklan sebelum ia dipamerkan di laman web mereka. Ini bagi memastikan semua pengguna menikmati pengalaman membeli belah yang selamat & berkualiti. 'Cash on Delivery' (Tunai Atas Penerimaan) terutamanya bagi produk yg bernilai tinggi mesti diutamakan. Barang pertama dan kedua abg jumpa pembeli terus, diorang puas hati selepas tengok barang dan bayar semasa hantar. Jumpa orang yang tak dikenali berisiko tinggi, sebaiknya cuba atur perjumpaan di tempat terbuka yang ramai orang & elak datang ke rumah kecuali barangan perabot, kalau boleh bawak kwn yang sado πŸ˜„.  Lepas barang berjaya dijual, hapuskan dalam Mudah.com dengan mengklik pautan email yg dihantar & ikuti langkah penghapusan bagi barang yang dijual. Pengalaman yg paling memberi kesan pada abg adalah pembeli dari luar negara. Pada abang pembeli ni tak berapa bijak. Tapi paling panas hati dalam 'chat' dia boleh kata abg 'stupid' dan 'what a hell'... Bikin panas bro!.

Kronologi Penipuan Pembeli Dari Luar Negara :

1. Terima mesej dr aplikasi 'WhatsApp'.
Nombor telefon yg tak dikenali 'notification' akan tunjuk nama asal org yg whatsapp. Abg 'save' terus nama Williams...Bermulalah urusan jual beli. Tapi jujur abg mmg tak tahu guna 'paypal'. Oh My English!πŸ˜…





Kat sini dah 'start' psiko, panas hati dia kata abg  'what a hell' & 'stupid' so rude!... kojaq*...


Dah kantoi pun gigih dok menipu. Hebatnya permainan, drama sbb nak jam abg.


2. Semak Maklumat Pembayaran
Abg dah check 'e-mail' sebaik dia kata bank dan hantar 'notification' yg kononnya dr Credit Europe Bank tapi e-mail crediteuropebank@accountant.com, sah-sah 'fraud'/tipu kot siap dengan 'animations' duit & 'payment loading' kalah maybank2u πŸ˜†. Yang pastinya dlm 'e-mail' paling kontra nama pembayar tu Mrs Morris Holly Nama dan alamat untuk 'courier' Orija Segun, Ibadan, Oyo state, Nigeria Sah-sah PENIPU! kat whatsapp kata dok UK pastu nk minta postage ke Nigeria? nama whatsapp Williams. Bila tanya marah kata tu alamat sepupu. Hebat 'e-mail' siap ada logo 'Credit Bank Europe' dan Interpol Approved. Siap ucap tahniahπŸ˜‚


3. E-mail Bank Negara untuk semakan.
'Forward e-mail' asal.Tp belum ada maklum balas.

4. 'Search Google'
Abg ada buat carian di 'Google search' semak laman web 'Credit Europe Bank' dan 'Fraud'.
Akhirnya bukti cukup. Mmg ada kes pembeli minta barang dihantar menggunakan courier cth: Pos Malaysia 'flexi pack' penghantaran ke luar negara dan hantar e-mail palsu transaksi pembayarannya kononnya transaksi yg selamat guna gambar logo europe bank. Minta 'tracking no.' dan slip postage bukti brg dh post,lepas tu baru lah bayaran yg bank pegang tu akan di masukkan terus ke akaun kita.
Nampak tak? Pihak Credit Europe Bank pun kata takde servis mcm tu. Penipuan internet yg hampir buat org percaya. Kalo brg dh pos mcm mana? buta-buta mamat negro dapat jam dan rugi pulak postage rm50...malang bertimpa-timpa 😐


Malas nk buat report banyak soalan nanti pastu nk kena terangkan lg berulang-ulang.
Harap mereka yg mengalami situasi mcm ni berhati-hati. Terutama yg berurusan dgn aplikasi yg menawarkan perkhidmatan jualan barang bila kita dah dedah no tel bagai. Abg cadangkan kalau jual barang terpakai atau baru dan nak selamat guna aplikasi shopeeMy. Transaksi lebih terjamin kerana pihak shopeeMy akan 'hold' bayaran sehingga brg smpai dan kalo brg rosak pembeli boleh open dispute. Dua-dua pihak terjamin.