Perkara pertama yang perlu dibuat apabila menerima barang kiriman secara pos adalah dengan melihat keadaan bungkusan kurier samada dalam keadaan baik iaitu tidak (koyak/basah/rosak) & pastikan maklumat penerima betul. Jika sebaliknya jangan tandatangan/terima. Pihak kurier akan minta anda buka di hadapannya sebagai jaminan jika barang bermasalah boleh buat tuntutan ganti rugi. Tapi bagaimana pula kalau barang yang dibeli tidak sama seperti yang diiklankan? Ini yang terjadi kepada saya dan boleh dikategorikan sebagai penipuan. Pembelian dibuat di shopee. Setelah meneliti keadaan barang dan rupa bentuk barang yang diterima, ternyata berbeza dengan gambar yang diiklankan. Apa-apa pun saya takkan akan menekan butang 'order received' sebelum memastikan semuanya dalam keadaan baik. Jadi peluang untuk 'refund/return' masih ada. Dengan bukti bergambar yang jelas iaitu foto barang bersama bungkusan courier yang boleh dilihat dengan jelas tracking number, saya menekan butang refund/return dan isi segala maklumat mengenai masalah produk & muatnaik gambar bukti. Pada mulanya 'seller' akan cuba selesaikan melalui fungsi chat. Saya tak bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh 'seller'. Disebabkan tiada penyelesaian di peroleh, shopee mula melakukan siasatan bagi mencari penyelesaian terbaik. Ianya mengambil sedikit masa hampir 4 hari. Bagi kes saya ini, situasi barang dibeli adalah dari luar negara, kos adalah mahal untuk 'return' semula barang, jadi penyelesaian terbaik adalah 50/50 iaitu duit akan dipulangkan separuh kepada pembeli tanpa perlu pulangkan barang tersebut. Pada saya adil lah, lagipun barang bukannya rosak. Persetujuan dibuat melalui email kes yg di hantar, saya perlu memberi maklumbalas segera jika tidak duit akan di beri kepada 'seller' 100%. Perlu 'check email' sentiasa kerana tempoh maklumbalas persetujuan itu hanya sah beberapa hari. Tiada pilihan diberi kerana keputusan siasatan adalah muktamat. Lega rasanya dalam beberapa hari kemudian bayaran pun diterima.