Bilangan Pembaca

Thursday 27 June 2019

'WhatsApp Banned'


Image result for whatsapp banned
Jika menerima mesej whatsapp daripada orang yang tak dikenali apa akan anda buat? jika mesej itu mengganggu dah tentu lah akan buat 'report' atau 'block' kan? 'block' mesej tak jadi masalah tetapi yang menjadi masalah adalah 'report'. Terlalu banyak 'reports' dibuat akan menyebabkan berisiko untuk di 'banned' oleh pihak whatsapp. Ini banyak terjadi kepada pengguna 'WhatsApp Bussiness' dan termasuk lah saya. Biasa lah kalau bisnes dah tentu no.telefon akan diletakkan pada 'page facebook' atau 'instagram' untuk memudahkan 'customers' menghubungi kita. Disebabkan itu banyak la nombor-nombor tak dikenali dari luar negara kononnya pemborong dan tak henti-henti pula 'offer' barang, stress!.  Siapa yang tak panik jika secara tiba-tiba menerima mesej ini "Your phone number is banned from using WhatsApp. Contact support for help." dan tak dapat akses whatsapp langsung. Ini terjadi kerana perlanggaran terma perkhidmatan oleh aktiviti ke atas akaun yang dilarang semasa menggunakan aplikasi WhatsApp. Difahamkan pihak WhatsApp tidak akan memberikan sebarang amaran sebelum sekatan dibuat. Walaupun dah email untuk 'unbanned' keputusannya tetap kekal. Ada banyak cara yang disarankan oleh pengguna android di 'youtube' & kebanyakan 'blogger'. Namun itu lebih kepada 'temporary banned' bukannya 'permanent banned' .Bagi pengguna ios peluang untuk 'unbanned' sangat tipis, meskipun delete & 'reinstall' semula WhatsApp. Dah terpaksa menukar nombor baru semata-mata untuk guna 'WhatsApp' sahaja. Tak ada pilihan lain sebab whatsapp penting dalam perniagaan 'e-commerce'.