Bilangan Pembaca

Thursday 21 March 2019

Tip Pendaftaran Perniagaan (SSM)


Image result for ssm malaysia gif
Pada masa sekarang proses pendaftaran peniagaan cuma mengambil masa lebih kurang 1 jam berbanding sebelumnya di mana masa menunggu lebih lama. Ini kali ke-2 saya melakukan proses pendaftaran baru untuk menukar nama syarikat. Saya datang agak lewat menghampiri pukul 3.30 petang, masih sempat.

Setelah mendapatkan penerangan di kaunter pertanyaan saya diberi sekeping kertas kecil yang memerlukan butiran maklumat spt :

log in id, password, e-mail, no.tel, jenis pendaftaran (personal name/trade name), 3 nama perniagaan, dan jenis perniagaan yang dijalankan

SSM sekarang telah menyediakan perkhidmatan secara online yang lebih mesra pengguna. Setelah tiba giliran,  Saya diarahkan 'key in' butiran kedalam sistem ebiz SSM untuk aktifkan akaun ebiz bagi  kemudahan mengakses. Nama syarikat akan disemak oleh pegawai SSM untuk memastikan nama syarikat yang dipilih adalah dibenarkan & mematuhi standard yang ditetapkan. Berdasarkan pemahaman saya bagi pemilikan tunggal, nama syarikat  mestilah menggambarkan identiti perniagaan yang dijalankan. Penggunaan Enterprise adalah pilihan dan bukan suatu kemestian jadi jangan keliru. Tapi ada kelebihan jika letak 'enterprise' iaitu boleh menjual pelbagai produk. Kebanyakkan digunapakai oleh kedai serbaneka atau kedai runcit. Adalah sangat penting menyediakan lebih dari satu nama perniagaan bagi persediaan jika nama yang dipilih mungkin sama atau telah didaftarkan oleh pemilik syarikat lain. Ini bagi mengelakkan daripada proses pendaftaran tertangguh & memikirkan nama baru dengan segera.

Setelah akaun ebiz aktif, saya diarahkan mengakses sistem ebiz SSM online dengan memasukkan id dan password yang telah diaktifkan tadi melalui komputer yang disediakan. Disini lah pengisian butiran perniagaan & kemaskini dibuat dan seterusnya pembayaran. Bayaran yang dikenakan adalah RM70. Setelah menjelaskan pembayaran, saya menerima sijil pendaftaran perniagaan dan resit bayaran.

Sistem ebiz adalah mudah dan cepat kerana tidak perlu lagi ke SSM untuk renew lesen perniagaan kerana boleh dilakukan secara dalam talian.
https://ezbiz.ssm.com.my/?2